i ii iii
thantophobia
scared of losing somenone you love;
iv v vi

Amboi ayah !
Tuesday 17 December 2013 • 8:46 pm

Assalamualaikum & 안녕하세요


Alright, Miraa baru je sampai dari Hospital Putrajaya, melawat ayah Miraa yang sakit. Tak tahu ? Mesti korang terlepas entri yang ni kan ? Bacalah :) Alright, berbalik pada cerita ayah Miraa ni. Apa sebenarnya sakit ayah Miraa ni ? Actually, ayah Miraa ada kencing manis, but itu bukan punca utama ayah Miraa masuk hospital sekarang ni. Yang menjadi punca ialah, perut ayah Miraa membesar dan kaki membengkak. So, apa punca itu semua berlaku ? Kerana masalah hati ! Hati ayah Miraa dah rosak. Kenapa hati ayah Miraa rosak ? Punca utamanya ialah, ROKOK ! Memang kuat gila ayah Miraa ni merokok dulu. Sekarang pun masih merokok lagi, tapi dah slowlah. Taklah sekuat dan sekerap dulu.

Ni Miraa nak mula berkata-kata dan berhujah-hujah ni. Miraa dah kata jangan hisap rokok. Buang je rokok tu, tapi korang degil ! Nak juga hisap rokok tu. Korang tahu tak yang sebatang rokok tu menghadiahkan korang 2x ganda serangan stroke. Tahu tak ? Kalau tak tahu sekarang Miraa bagi tahu, dan korang dah pun tahu so jangan pandai-pandai kata tak tahu !

Okay stop ! Now, macam mana keadaan ayah Miraa ? Dah okay sikitlah. Pukul 3 tadi, doktor dah buangkan 4 liter air dalam badan ayah Miraa. Maximum buang air just 12 liter. Sehari just boleh buang 4 liter je. Tadi dah buang air 4 liter, alhamdulillah, ayah Miraa dah rasa selesa sikit. Dah boleh bangun pun, siap boleh tengok bola lagi. Adoi, ayah, ayah. Sakit, sakit pun masih nak tengok bola. 

Lepas tu, kawan ayah ada datang melawat. Ingatkan sikit je, sekali tu dia bawa satu kampung daa. Adoi, but, it's okay sebab ayah ceria bila kawan dia datang. Kawan ayah pun semua perangai macam gila-gila, so, santai je lah. Yang tua ke yang muda ke semua macam sakai. Haha... Ayah Miraa muda lag ohh, 45 tahun, nanti 18/01/2014 ni masuk lah 46 tahun. Miraa pula 18 tahun. Untung bila sama harijadi dengan ayah ni. Haha...

Dan, sekarang Miraa nak tidur. Sebab ? Penat dah. Semalam pukul 10 malam sampai Putrajaya. Then, tidur lambat, lepas itu bangun awai pukul 7. Lepas tu duduk kat hospital sampai pukul 2, lepas tu balik rumah tak tidur, pergi balik hospital pukul 5, sampailah pukul 8. Ni baru dapat rehat kejap. Penat weyh... Lagipun malam ni tidur sensorang :/ Mama teman ayah dekat hospital. Along, achik, ayen dengan Ila dekat Perak. Tinggal sepupu dengan mak dan ayah sedara je kat sini. Semalam tidur dengan mama dengan ayah, hari ini ? Uwaa :'( Nank nangis rasanya.

Labels: , ,



Intro




Archive




Instagram




Shout Out Loud!



credit


design and template originally by ayuni